Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

05 March 2011

Perasmian Karnival Sukan Asrama dan BBQ Asrama 5 Mac 2011

5 Mac 2011 : Jawatankuasa Pengurusan Asrama dan Lembaga Pengawas SMK Agama Sibu telah menganjurkan Majlis Perasmian Karnival Sukan Asrama (KASUMA) dan BBQ Asrama bertempat di hadapan Masjid Al-Huda SMK Agama Sibu. Perasmian KASUMA dan BBQ asrama telah disempurnakan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu.

Pelbagai jenis lauk disediakan untuk dipanggang. Antaranya adalah ayam, ikan, udang, sotong, jagung, ubi kayu, sosej dan kentang.

Majlis perasmian bermula selepas selesai solat isyak berjemaah. Bacaan doa majlis dibacakan oleh Razdini bin Isa. Selepas selesai aktiviti bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengarah program iaitu Razman bin Hauda. Selepas itu, ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu.

Selepas selesai ucapan perasmian, murid-murid dan tetamu yang hadir dipersilakan menjamu selera sambil menonton cerita kartun.





























































































Suasana semasa jamuan BBQ Asrama (5 mac 2011)