Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

27 December 2010

Naik Taraf Laluan ke Dataran Al-Mawaddah SMK Agama Sibu 27 Dis 2010

27 Disember 2010 : Unit Pembangunan SMK Agama Sibu telah melakukan proses naik taraf dan membaik pulih laluan dari Blok Pentadbiran SMK Agama Sibu ke Dataran Al-Mawaddah. En Hipeni bin Mili yang juga merupakan setiausaha Unit Pembangunan SMK Agama Sibu dan En Naing ak Singai telah berganding bahu melakukan proses naik taraf dan membaik pulih laluan tersebut untuk keselesaan seluruh warga sekolah memandangkan laluan yang asal sudah rosak dan uzur.

Laluan baru yang dibina dijangka lebih memberikan keselesaan kepada pengguna berbanding laluan yang lama kerana mempunyai anak tangga.





En Hipeni dan En Naing melakukan proses naik taraf dan baik pulih laluan ke Dataran Al-Mawaddah ( 27 disember 2010)