Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

Sejarah Web Kami

Laman web rasmi SMK Agama Sibu telah mula dibina dan dilancarkan ke dalam talian web pada 30 April 2004 atas arahan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia yang kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan agar semua SMKA di seluruh Malaysia melantik dan menghantar seorang penyelaras web bagi SMKA masing-masing untuk mengikuti kursus pembinaan laman web SMKA dan menguruskan laman web rasmi sekolah masing-masing.

Bagi Zon Sabah dan Sarawak, penyelaras laman web telah dihantar mengikuti kursus "Kursus Peningkatan Kemahiran Komputer Kepada Penyelaras Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Zon Sabah dan Sarawak" pada 26-30 April 2004 di Hotel Mega, Miri, Sarawak. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub Bin Ismail untuk mengikuti kursus tersebut dan seterusnya bertugas sebagai penyelaras laman web rasmi sekolah. Dalam kursus tersebut, semua penyelaras laman web telah diberi tunjuk ajar cara membina laman web sekolah menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver dan perisian Adobe Photoshop. Pada awalnya, semua laman web SMKA adalah mengikut format rasmi yang telah diberikan oleh pihak penganjur. Itulah sebabnya, semua laman web rasmi SMKA di seluruh Malaysia kelihatan hampir serupa kecuali isi kandungannya sahaja. Penyelaras laman web yang telah berjaya menamatkan kursus dianugerahkan sijil penyelaras laman web sebagai bukti menjadi penyelaras laman web rasmi sekolah masing-masing.

Pada tahun 2005, penyelaras laman web SMKA Zon Sabah dan Sarawak, telah diberikan kursus "Kursus Fotografi dan Penulisan Berita" di Hotel Seafest, Semporna, Sabah untuk mempertingkatkan lagi mutu laman web sekolah masing-masing. Penyelaras laman web didedahkan cara mengambil gambar foto yang berkualiti mengikut cara jurugambar akhbar. Selain itu, penyelaras laman web juga didedahkan cara menulis berita mengikut format Dewan Bahasa dan Pustaka. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub Bin Ismail untuk mengikuti kursus tersebut dan seterusnya bertugas sebagai penyelaras laman web rasmi sekolah bermula tahun 2005.

Laman web rasmi SMK Agama Sibu ini telah banyak mengalami evolusi penambahbaikan dari masa ke semasa. Banyak kelemahan diperbaiki, walaupun ia tidak kelihatan secara zahirnya. Penambahbaikan banyak melibatkan komponen dalaman struktur laman web yang tidak dapat dilihat secara zahir. Penekanan lebih diberikan terhadap kandungan maklumat yang terdapat di dalam laman web.

Pada 01-04 Mei 2006, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan kursus "Kursus Pembinaan Laman Web SMKA Sabah dan Sarawak 2006" bertempat di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub Bin Ismail untuk mengikuti kursus tersebut. Dalam kursus tersebut, penyelaras laman web SMKA telah diberi tunjuk ajar cara membina laman web menggunakan perisian "Macromedia Flash". SMK Agama Sibu turut mempertingkatkan mutu laman web sekolah dengan menggunakan active-X flash. Hasil gabungan penggunaan perisian yang berbeza telah menjadikan laman web SMK Agama Sibu unik dengan kombinasi teknologi yang terkini.

Kursus Laman Web 2006
Kursus Pembinaan Web ( 4 mei 2006 )

Kemudiannya pada 09-12 Oktober 2006, semua penyelaras laman web SMKA di Malaysia dijemput berkampung dalam "Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantapan Laman Web SMKA Bil 2/2006" bertempat di Kondo Istana, Langkawi, Kuah, Kedah anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub Bin Ismail untuk menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras dan memantapkan lagi laman web SMKA di Malaysia. Peluang ini juga diambil untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kesemua 55 orang webmaster SMKA daripada seluruh negara. Mesyuarat ini telah diadakan pada bulan ramadhan, oleh itu, ia telah memberi peluang kesemua 55 orang webmaster SMKA untuk berbuka puasa bersama-sama. Peluang sebegini jarang diperolehi. Webmaster-webmaster bertukar pendapat dan cadangan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2006

Pada 05-08 Mac 2007, penyelaras laman web daripada SMKA Zon Sabah dan Sarawak telah bermesyuarat buat kali pertamanya bagi tahun 2007 dalam Mesyuarat Penyelarasan Laman Web SMKA di Hotel Holiday Inn, Kuching, Sarawak. Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras kandungan laman web SMKA masing-masing. Dalam mesyuarat ini juga, semua webmaster SMKA telah diajar cara menghasilkan laman web PHP dan cara menyediakan server APACHE bagi menghasilkan laman web dinamik. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub bin Ismail untuk mengikuti mesyuarat penyelarasan laman web ini.

Laman Web SMK Agama Sibu 2007
Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2007

Pada 03-06 Mac 2008, semua penyelaras laman web SMKA Zon Sabah dan Sarawak telah berkampung di Eastwood Valley & Country Club, Miri, Sarawak dalam Mesyuarat Penyelarasan Laman Web SMKA Zon Sabah Dan Sarawak Tahun 2008. Dalam perjumpaan ini, semua penyelaras laman web SMKA telah didedahkan mengenai perimas web. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub bin Ismail untuk mengikuti mesyuarat ini.

Mesyuarat Laman Web 2008
Mesyuarat Penyelarasan Laman Web SMKA Zon Sabah Dan Sarawak Tahun 2008

Laman Web SMKAS 2008 versi perimas
Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2008 versi Web Perimas

Laman Web SMKAS 2008 versi interaktif
Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2008 versi Interaktif

Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2008 versi Flash

Pada 4-7 November 2008, semua Penyelaras Laman Web Rasmi SMKA telah diberikan Kursus Direct Admin dan Joomla anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub bin Ismail untuk mengikuti kursus tersebut dan seterusnya bertugas sebagai penyelaras Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu bagi tahun 2008.

Pada 23-26 Mac 2009, Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Bengkel Pendedahan Sistem Fail Elektronik Kepada Penyelaras Laman Web SMKA 2009 bertempat di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah. SMK Agama Sibu telah menghantar En Yaakub bin Ismail untuk mengikuti bengkel ini. Dalam bengkel yang diadakan, semua penyelaras laman web SMKA telah diajar mengenai perisian joomla untuk membina laman web SMKA.

Bengkel Sistem Fail Elektronik
Bengkel Sistem Fail Elektronik Kepada Penyelaras Laman Web SMKA 2009

Laman Web SMKAS 2009
Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2009

Laman Web SMKAS 2010
Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2010

Laman Web SMKAS 2011
Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu 2011

Antara cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh jawatankuasa laman web rasmi SMK Agama Sibu untuk mengekalkan laman web ini ialah;

1. Perubahan alamat URL dari masa ke semasa [berpandukan arahan daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) / Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia] iaitu;

a. www.yahoo.geocities/smkasibu (tahun 2004)
b. smkasibu.tripod.com (tahun 2005)
c. smkasibu.cjb.net (tahun 2006)
d. www.smkasibu.net (tahun 2007-2008)
e. smkasibu.bpi.edu.my (tahun 2009-2011)

2. Serangan virus/spam/malware dan adaware ke atas laman web rasmi sekolah.
3. Kandungan laman web dapat sampai kepada semua pengguna iaitu teknologi server dan komputer penerima hendaklah selari supaya maklumat dalam laman web dapat dilihat oleh semua pengguna.
4. Menangkis maklumat palsu yang disebarkan oleh laman palsu dalam Friendster dan Facebook yang menyamar sebagai laman web rasmi dengan membuat akaun dalam Friendster dan Facebook untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai laman web rasmi yang sebenar.
5. Memastikan kandungan laman web rasmi tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
6. Memastikan kandungan laman web rasmi sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan selewat-lewatnya sebulan sekali.

7. Menambah baik hiperangkai laman web rasmi sekolah dengan mewujudkan laman rangkaian promosi laman web bermula tahun 2011 seperti berikut;

a. Mewujudkan laman blogspot SMK Agama Sibu (http://smkas.blogspot.com)
b. Mewujudkan laman blogetery SMK Agama Sibu (http://smkasibu.blogetery.com)
c. Mewujudkan laman wordpress SMK Agama Sibu (http://smkasibu.wordpress.com)

Berikut merupakan senarai nama webmaster / penyelaras laman web rasmi SMK Agama Sibu berdasarkan tahun ;

1. Tahun 2004 : En Yaakub bin Ismail
2. Tahun 2005 : En Yaakub bin Ismail
3. Tahun 2006 : En Yaakub bin Ismail
4. Tahun 2007 : En Yaakub bin Ismail
5. Tahun 2008 : En Yaakub bin Ismail
6. Tahun 2009 : En Yaakub bin Ismail (Ketua) & En Mohamad Nasuha bin Abdul Razak (Pembantu)
7. Tahun 2010 : En Yaakub bin Ismail
8. Tahun 2011 : En Yaakub bin Ismail