27 Okt 2010 : Panitia Pendidikan Al-Quran dan Sunnah SMK Agama Sibu telah mengadakan Program Pecutan Akhir PQS untuk meningkatkan lagi pencapaian murid-murid yang mengambil subjek ini dalam peperiksaan SPM 2010.
Murid-murid tingkatan 5 telah diberikan latihan dengan bimbingan guru di Makmal Komputer SMK Agama Sibu. Seramai 3 orang guru terlibat dalam membimbing murid untuk menjawab soalan latihan yang diberikan.
Ustaz Fathulah Hamka, Ustazah Harpah dan Ustazah Dayang Noorsheila bertungkus lumus membantu murid-murid untuk menjawab soalan.