Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

03 November 2010

Jamuan Akhir Tahun Koperasi SMK Agama Sibu Bhd 2010


3 November 2010 : Jamuan Akhir Tahun Koperasi SMK Agama Sibu Bhd telah diadakan bertempat di Restoran Pizza Hut, Wisma Sanyan Sibu. Semua ahli jawatankuasa tertinggi koperasi, ahli lembaga koperasi dan jurujual koperasi bersama-sama hadir memeriahkan jamuan ini

Jamuan pada kali ini sungguh istimewa kerana turut dihadiri oleh empat orang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sibu. Pizza pelbagai jenis menjadi hidangan utama pada jamuan akhir tahun pada kali ini.