Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

02 January 2011

Jualan Keperluan Murid di Koperasi SMK Agama Sibu Bhd 2 Jan 2011

2 Januari 2011 : Koperasi SMK Agama Sibu merupakan antara lokasi yang paling sibuk pada hari ini kerana ia merupakan tumpuan utama murid-murid untuk mendapatkan keperluan harian dan asrama. En Koh Fong Tian, Pn Noorhuzaimah, Cik Siti Hajar, Cik Audrey dan En Yaakub merupakan petugas-petugas guru yang bertugas pada hari ini.

Koperasi SMK Agama Sibu telah membuka kaunter tambahan di hadapan blok pentadbiran untuk mempercepatkan proses jual beli keperluan murid serta memberi kemudahan kepada pelanggan.

Petugas-petugas guru turut dibantu oleh jurujual-jurujual pelajar yang telah dilatih. Koperasi SMK Agama Sibu menjual barang keperluan asrama dan harian murid-murid seperti kain cadar, sarung bantal, sabun mandi, alat tulis (pen, pensel, pemadam dan pengasah pensel), buku tulis, baju pjk, seluar pjk, baju rumah sukan, kain pakaian seragam kedua dan tag nama murid.

Suasana ketika proses jual beli di Koperasi SMK Agama Sibu Bhd dan kaunter tambahan ( 2 jan 2011 )