Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

23 December 2010

Keputusan PMR 2010 SMK Agama Sibu 23 Nov 2010

23 Disember 2010 : Keputusan PMR 2010 yang diumumkan pada hari ini telah mencatatkan peningkatan bilangan subjek yang memperolehi 100% kelulusan berbanding PMR 2009. Subjek yang telah memperolehi 100% kelulusan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan KT).


Di samping itu, empat subjek telah meningkat dari segi kualiti berdasarkan NGMP iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi.


Seramai empat orang calon telah memperolehi keputusan 8A iaitu Asmira binti Mohd Ridzuan Nganged, Mizana binti Ameri, Nur Syahmina binti Abdul Jalil dan Nurul Hanani binti Shukeri.

Seramai enam orang calon pula telah memperolehi keputusan 7A iaitu Hanisah Nabilah binti Ayup, Mohd Najmuddin Al-Kubra bin Saidal, Muhamad Irfan bin Bustaipo, Nur Azmi bin Relenship, Nurmaisarah binti Bakrim dan Syafiq Afandi bin Shafie.

Suasana semasa mengambil keputusan PMR 2010

Nurul Hanani binti Shukeri (memperoleh 8A) bersama ibu dan adiknya

Pelajar Cemerlang PMR 2010