Laman Blogspot SMK Agama Sibu 2011

03 January 2011

Bacaan Quran 3 Jan 2011

3 Januari 2011 : Hari ini merupakan hari pertama aktiviti pembacaan Al-Quran secara beramai-ramai bagi tahun 2011. Aktiviti pembacaan Al-Quran beramai-ramai antara waktu maghrib dan isyak selama 10 minit merupakan aktiviti harian di SMK Agama Sibu setiap tahun.

Bacaan Al-Quran pada hari ini dipimpin oleh adik Mohamad Nor Soleh bin MF Rahimi. Ayat Al-Quran yang dibaca pada hari ini dimulai dengan surah Al-Fatihah.


Ayat 1 Juzuk 1 merupakan ayat pertama yang dibaca dalam aktiviti bacaan Al-Quran beramai-ramai di Masjid Al-Huda SMK Agama Sibu pada 3 januari 2011












Suasana semasa aktiviti pembacaan Al-Quran secara beramai-ramai di Masjid Al-Huda SMK Agama Sibu ( 3 jan 2011 )