31 Disember 2010 : Pelbagai persiapan dilakukan oleh petugas Koperasi SMK Agama Sibu Bhd sebagai persediaan untuk menghadapi hari pendaftaran murid yang dijadualkan pada 2 januari 2011 (ahad). Petugas-petugas di Koperasi SMK Agama Sibu Bhd terdiri daripada guru-guru dan guru ahli lembaga koperasi (ALK).
Antara persiapan yang dilakukan pada hari ini ialah penyediaan dan pembungkusan buku tulis dan keperluan pelajar asrama. Semenjak ditubuhkan, Koperasi SMK Agama Sibu Bhd telah menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan harian warga SMK Agama Sibu.
Pelbagai barangan dijual di Koperasi SMK Agama Sibu Bhd untuk memenuhi keperluan murid. Antara barangan yang dijual di Koperasi SMK Agama Sibu Bhd ialah alat tulis (pensel, pen, pemadam, pengasah pensel dan stapler), buku tulis, cadar, samping, tali leher, baju pjk, baju rumah sukan, pakaian seragam kedua, selipar, sabun, serbuk pencuci, buku laporan dan buku kokurikulum.