1 Januari 2011 : Lembaga Pengawas SMK Agama Sibu telah bermesyuarat pada hari ini untuk membuat dan merancang persediaan bagi menghadapi hari pendaftaran murid yang dijadualkan pada hari esok (2 januari 2011). Mesyuarat pengawas telah dipengerusikan oleh Cik Isiah binti Lateh dan turut dihadiri oleh Ustaz Fathulah Hamka bin Jamel.
Sebaik sahaja selesai bermesyuarat, pengawas-pengawas bergerak ke kawasan asrama untuk mengatur dan menyediakan bilik asrama untuk pendaftaran murid asrama. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid turut memantau perjalanan persediaan yang dilakukan oleh barisan pengawas.